Apakah Tindakan Anda jika Anak Kecil Dibunuh Kejam Rejim Assad Syria?
Kekejaman rejim Bashar al-Assad masih belum juga berhenti. Dilaporkan 10 orang telah syahid dengan keadaan yang mencemaskan di Khalidiyah, Homs, pada hari Jumaat yang lepas. Sementara di tempat lain, anak-anak tak berdosa pun telah dibunuh kejam oleh rejim keji Assad.
Tidak menghairankan, bumi Syam telah menjadi bumi Syuhada, dimana anak-anak tidak berdosa serta orang tua, dan orang awam tak bersenjata telah dibunuh kejam oleh geng keji Assad, penguasa diktator Syria. Darah syuhada pun mengalir hampir di setiap saat.
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Jihad yang paling utama adalah mengucapkan kebenaran di hadapan penguasa zalim." [Hadis Riwayat Ibn Majah dan an-Nasa’i]
Sebuah video di Halfaya, Kafaral Wathan, memperlihatkan beberapa syuhada anak cilik kecil berlumuran darah, berada di antara deretan para syuhada. Anak-anak tidak berdosa ini akhirnya syahid setelah dibunuh oleh rejim Bashar al-Assad, pada hari Jumaat, 24/02/2012.
Seolah-olah, di bumi Syam, satu persatu setiap hari, ada insan yang akan ke jannah. Setelah beberapa waktu lalu di Idlib dan Hama, dan di hari yang lain di Halfaya. Lalu bagaimana dengan setiap hari kita, apa yang telah kita lakukan untuk menolong saudara-saudara kita di bumi Syam?
Ketika bayi-bayi kecil menjadi korban kekejaman Assad, sementara dunia diam membisu. Warga Syria mempersoalkan diamnya dunia atas pembunuhan yang nyata ini.
Di manakah palang merah?
Di manakah mereka yang mengaku kumpulan hak asasi manusia?
Di manakah lembaga yang menjaga anak-anak, UNICEF?
Semua hanya diam, kerana memang umat Islam tidak berharap kepada mereka. Hanya Allah tempat bergantung, bukan mereka.
Umat Islam benar-benar memerlukan satu pimpinan umat yang akan menyatukan umat Islam sedunia, serta menjaga jiwa dan kehormatan umat ini. Umat benar-benar memerlukan kekhilafahan, Khilafah 'ala Minhajin Nubuwwah, sebagai institusi perisai umat.
Umat tidak perlu PBB, Liga Arab, Majlis Keselamatan, Amerika, Rusia atau negara-negara Barat yang lain, seperti ditegaskan oleh kaum Muslim Syam.
Umat ini hanya menanti pertolongan Allah yang semakin dekat. Insya Allah, kemenangan tak akan lama lagi. [syabab.com/arrayah.info]
Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2398-lagi-anak-anak-dan-balita-dibantai-rezim-keji-assad-lalu-di-manakah-anda.html
Yaa Allah,
BalasHapusBerilah kekuatan iman dan jiwa pada saudara2 kami di Suriah..
Tersayat hati ini saat menyaksikan saudara2 kami tersiksa..sementara kami tidak bisa melakukan apa2.. selain doa..selain doa...
Tiada sebaik2 penolong..
Selain Engkau ya Allah...
tolong lah,jgn guna ayat penduduk dunia membisu dan tak berbuat apa-apa.guna ayat pemimpin dunia yang membisu.kami rakyat biasa ni tiada kuasa,yang hanya kami mampu,memberi sumbangan dan DOA!!!!!....Sila la bteulkan ayat tu...
BalasHapus